KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK

Sejuta Pokok

Segunung Harapan

Penghijauan Malaysia Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan inisiatif ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan yang akan dilaksanakan secara berterusan sebagai salah satu komitmen dalam mengintegrasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 dalam dasar dan strategi ANGKASA.

Mengenai Program

Koperasi Prihatin Sejuta Pokok

Program ini merupakan inisiatif ANGKASA untuk melibatkan koperasi dan rakyat Malaysia bagi menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 serta merupakan sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025).

Gerakan Koperasi

Gerakan koperasi di Malaysia bermula seawal tahun 1922. Pada tahun ini (2022), gerakan ini mencapai umur 100 tahun. Selain bertindak sebagai wadah pengagihan ekonomi yang adil, koperasi juga bertindak sebagai ejen penting dalam SDG 2030.

ANGKASA

ANGKASA adalah badan apeks gerakan koperasi Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan untuk menyatukan dan mewakili koperasi Malaysia di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

Rakan Strategik

ANGKASA bekerjasama rapat dengan rakan strategiknya iaitu Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Hijau Malaysia bagi merealisasikan hasrat untuk menjayakan kempen Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.

Definisi Pokok

Definisi pokok di bawah kempen ini adalah meliputi semua jenis pokok yang merupakan tumbuhan berkayu yang mempunyai akar, batang, dahan dan daun.

Modul Sejuta Pokok

Kolaborasi strategik antara ANGKASA dan UKM menghasilkan Modul pembelajaran dan pengajaran “Sejuta Pokok Segunung Harapan” serta program kesedaran berbentuk “Train of Trainers” (ToT) yang akan dilaksanakan kepada koperasi sekolah, koperasi siswa dan koperasi komuniti di seluruh Malaysia.

PERTANDINGAN PENGHIJAUAN MALAYSIA: KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK KOPERASI SEKOLAH

PEMAKLUMAN: TARIKH TUTUP PERTANDINGAN DILANJUTKAN

Sukacita dimaklumkan tarikh tutup  Pertandingan Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan telah DILANJUTKAN SEHINGGA 30 NOVEMBER 2023 bagi memberi peluang kepada koperasi sekolah untuk meneruskan aktiviti penanaman pokok dan merekodkan penanaman tersebut.

Masih ada masa untuk jayakan kempen 1 Koperator, 1 Pokok  bagi mencapai penanaman sejuta pokok koperasi yang diterajui oleh ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara.

Pertandingan Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Program ini dianjurkan sebagai salah satu komitmen ANGKASA dalam mengintegrasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 dalam dasar dan strategi ANGKASA serta menyokong inisiatif United Nation (UN) Decade on Ecosystem Restoration 2021-2030.

Tanam Pokok Hari Ini

(Adopt a Tree Today)

Terima pengecualian cukai sebanyak 10% untuk koperasi beserta hebahan penglibatan koperasi sebagai penaja.

Hari Denai Alam 2022

0
Jumlah pokok ditanam
0
Jumlah spesis pokok
0
Baki pokok perlu ditanam​

Soalan Lazim

Apakah agenda Penghijauan Malaysia dan Kempen Penanaman 100 juta pokok?

Agenda Penghijauan Malaysia adalah agenda yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita.


Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat.

 

Kempen penanaman 100 juta pokok merupakan sebahagian daripada agenda Penghijauan Malaysia yang menyasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima (5) tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kempen ini dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi agensinya dengan tema:

 

“Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”

Apakah program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok?

ANGKASA memberi komitmen dan sokongan kepada agenda Penghijauan Malaysia menerusi sebuah program “Flagship’ tanggungjawab sosial koperasi (CSR) di bawah payung COOPCARE yang menyasarkan penanaman sejuta pokok bersama-sama gerakan koperasi.

 

Inisiatif ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan yang akan dilaksanakan secara berterusan sebagai salah satu komitmen dalam mengintegrasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 dalam dasar dan strategi ANGKASA serta menyokong usaha Dekad Pemulihan Ekosistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2021-2030 atau United Nation Decade on Ecosystem.

Siapakah penganjur program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok?

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menganjurkan program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok dengan kerjasama rakan strategik Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Hijau Malaysia serta rakan digital, MyISCO.

 

Inisiatif ini didukung oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensinya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia. Selain itu, usaha ini turut disokong Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Persatuan Pandu Puteri Malaysia, radio IKIM, Majlis Belia Malaysia dan Malaysia Forest Fund.

 

ANGKASA turut bekerjasama erat dengan International Co-operative Alliance - Asia Pacific  (ICA-AP) dan badan induk koperasi global, International Cooperative Alliance (ICA)

Mengapa perlu 'Adopt a tree' dan tanam pokok hari ini?

Malaysia sangat komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara daripada hutan dan litupan pokok sejak Sidang Kemuncak Rio pada tahun 1992. Usaha penanaman pokok terutamanya di kawasan Hutan Simpan terosot amatlah penting untuk memastikan kawasan dilitupi pokok-pokok perlu dikekalkan kewujudannya walaupun di tengah tengah kepesatan arus pembangunan dan urbanisasi.

Adakah saya akan mendapat faedah pengecualian cukai di bawah program ini?

Penyumbang layak menerima pengecualian cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat tahunan.

Apakah jenis pokok yang sesuai untuk ditanam?

Definisi pokok di bawah kempen ini adalah meliputi semua jenis pokok yang merupakan tumbuhan berkayu yang mempunyai akar, batang, dahan dan daun.

Adakah saya boleh memilih sendiri kawasan untuk menanam pokok?

Pokok yang disumbang menerusi tajaan “adopt a tree” akan ditanam di kawasan “Hutan Angkat Koperasi” seluas 10 hektar yang akan menempatkan kira-kira 6,000 batang pokok hutan di Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan, Kuala Lumpur.

Apakah ganjaran saya sebagai penyumbang kempen “Adopt a Tree’?