RAKAN STRATEGIK
ANGKASA bekerjasama rapat dengan rakan strategiknya iaitu Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Hijau Malaysia bagi merealisasikan hasrat untuk menjayakan kempen penanaman sejuta pokok.
BIDANG KERJASAMA ANGKASA
DENGAN INSTITUT PERUBAHAN IKLIM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
- Menyediakan dan menerbitkan modul pengajaran dan pembelajaran bagi Program yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini;
- Menyediakan training of trainers (ToT) bagi modul pengajaran dan pembelajaran Program tersebut;
- Kerjasama perlaksanaan program seperti menentukan kawasan penanaman, komunikasi dan kerjasama dengan pelbagai agensi, penglibatan komuniti dan promosi berterusan; dan
- Penyediaan laporan impak program dan laporan kajian pemuliharan hutan terosot
BIDANG KERJASAMA ANGKASA
DENGAN YAYASAN HIJAU MALAYSIA
- Kerjasama strategik dari aspek perkongsian informasi, promosi dan pendidikan mengenai program penghijauan Malaysia bagi menjayakan Program CSR COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
- YHM menyediakan pakej penanaman pokok untuk tajaan dan menyelaras potongan cukai tertakluk kepada pembekalan pokok atau pelaksanaan program penanaman pokok daripada YHM di bawah Seksyen 44 (11 C), Akta Cukai Pendapatan 1967 dimana potongan sebanyak 7% bagi penaja individu dan potongan cukai sebanyak 10% daripada jumlah pendapatan agregat tahunan bagi penaja syarikat bagi pelaksanaan Program CSR COOPCARE Koperasi Prihatin Sejuta Pokok selari dengan Program Penghijauan Malaysia.
- Kerjasama mendapatkan informasi berkenaan dengan jumlah pengguna aplikasi mudah alih ‘Penghijauan Malaysia’ untuk Program yang dikategorikan sebagai anggota koperasi.