FAQs
Apakah agenda Penghijauan Malaysia dan Kempen Penanaman 100 juta pokok?
Agenda Penghijauan Malaysia adalah agenda yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita.
Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat.
Kempen penanaman 100 juta pokok merupakan sebahagian daripada agenda Penghijauan Malaysia yang menyasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima (5) tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kempen ini dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi agensinya dengan tema:
“Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”
Siapakah penganjur program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok?
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menganjurkan program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok dengan kerjasama rakan strategik Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Hijau Malaysia serta rakan digital, MyISCO.
Inisiatif ini didukung oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensinya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia. Selain itu, usaha ini turut disokong Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Persatuan Pandu Puteri Malaysia, radio IKIM, Majlis Belia Malaysia dan Malaysia Forest Fund.
ANGKASA turut bekerjasama erat dengan International Co-operative Alliance - Asia Pacific (ICA-AP) dan badan induk koperasi global, International Cooperative Alliance (ICA)
Mengapa perlu 'Adopt a tree' dan tanam pokok hari ini?
Malaysia sangat komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara daripada hutan dan litupan pokok sejak Sidang Kemuncak Rio pada tahun 1992. Usaha penanaman pokok terutamanya di kawasan Hutan Simpan terosot amatlah penting untuk memastikan kawasan dilitupi pokok-pokok perlu dikekalkan kewujudannya walaupun di tengah tengah kepesatan arus pembangunan dan urbanisasi.
Adakah saya akan mendapat faedah pengecualian cukai di bawah program ini?
Penyumbang layak menerima pengecualian cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat tahunan.
Apakah jenis pokok yang sesuai untuk ditanam?
Definisi pokok di bawah kempen ini adalah meliputi semua jenis pokok yang merupakan tumbuhan berkayu yang mempunyai akar, batang, dahan dan daun.
Adakah saya boleh memilih sendiri kawasan untuk menanam pokok?
Pokok yang disumbang menerusi tajaan “adopt a tree” akan ditanam di kawasan “Hutan Angkat Koperasi” seluas 10 hektar yang akan menempatkan kira-kira 6,000 batang pokok hutan di Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan, Kuala Lumpur.
Apakah ganjaran saya sebagai penyumbang kempen “Adopt a Tree’?
Halaman ini sedang dikemaskini. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : info@sejutapokok.coop