KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK

KOPERASI PRIHATIN SEJUTA POKOK

Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan Inisiatif Angkatan Koperasi Kebangsaaan Malaysia Berhad (ANGKASA), bagi melibatkan gerakan koperasi di seluruh negara sebagai komitmen untuk menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 . Usaha ini merupakan sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025

Di Malaysia, anggota koperasi mewakili kira – kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Ini bermakna suara gerakan ini adalah penting dalam memastikan kesejahteraan sosial, ekonomi dan kehidupan secara menyeluruh. Ini termasuk kelestarian alam yang amat penting untuk dijaga, dipulihkan dan dikekalkan kerana impaknya terhadap setiap rantaian kehidupan adalah besar terutamanya dalam isu perubahan iklim.

Program ini akan dijalankan secara berterusan dalam tempoh dua tahun melibatkan 14,567 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 7.05 juta individu dari seluruh negara. ANGKASA mensasarkan penanaman pokok dijalankan di beberapa kawasan hutan terosot seluas 20 hektar di sekitar kawasan Selangor untuk dipulihkan semula.

Kempen ini mesasarkan kepada usaha pemuliharaan semula hutan terosot melalui penanaman pokok. Usaha ini dijalankan bagi melengkapi inisiatif pihak kerajaan untuk peningkatan kawasan hutan sebanyak 20% di Malaysia pada tahun 2025.

ANGKASA mahu meningkatkan keterlibatan orang ramai dari pelbagai umur, latar belakang dan profesion dalam usaha ini melalui platform koperasi yang secara prinsipnya bergerak secara bersama – sama dalam apa juga perkara yang dijalankan. Justeru koperasi merupakan wadah yang paling sesuai kerana nadinya yang melengkapi semua aspek kehidupan termasuklah penjagaan alam sekitar.

ANGKASA dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menerbitkan modul pembelajaran ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’ dan program Train of Trainers (ToT) bagi memberikan pendidikan asas dan memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan usaha yang dijalankan. Generasi baharu perlu disemai dengan semangat cintakan alam sekitar memandangkan golongan ini celik digital dan secara tidak langsung dapat mempromosi aktiviti pemuliharaan melalui platform sosial dalam talian.

OBJEKTIF

01

Melaksanakan program berbentuk “community engagement” untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan agensi menerusi koperasi untuk menanam sejuta pokok.

02

Membantu memulihara hutan terosot (degraded forest) menerusi pemulihan 20 ekar hutan simpan di Malaysia yang akan dijadikan sebagai tapak projek tanaman pokok hutan yang dinamakan “Hutan Angkat Koperasi”.

03

Membantu usaha kerajaan dalam melestarikan alam sekitar dimana kerajaan menyasarkan peningkatan sekurang-kurangya 20% keluasan hutan (terrestrial & inland water) di Malaysia dalam tempoh 10 tahun (2025). (Rujukan National Policy on Biodiversity (NPBD) 2016, matlamat ke 3 sasaran ke 6.)

04

Memberi pendidikan asas dan memupuk kesedaran kepada pelajar dan masyarakat setempat akan peranan ekosistem hutan kepada perubahan iklim negara dan dunia menerusi penerbitan modul pembelajaran dan program “Train of Trainers” (ToT).

PERANCANGAN PROGRAM

Modul pembelajaran dan program kesedaran berbentuk 'Training of Trainers' kepada koperasi sekolah

Program penanaman pokok secara serentak semasa Bulan Koperasi Kebangsaan dan sambutan 100 Tahun koperasi

Kempen 'Hutan Angkat Koperasi' menerusi laman web : www.sejutapokok.coop

Program penanaman pokok dengan komuniti